Tuesday, November 9, 2010

Hari Q

Hari  ni 10/11/10 Rabu selesailah Hari Q SMK Naning. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Semuanya nampak tersenyum lega. Lama gak aku tak up-date blog ni. Sempena Deepavali SMK Naning cuti 5 hari bermula hari Khamis iaitu hari kelahiran blog ni. Bagi menyerikan hari percutian itu aku dan murid-muridku pulun kelas bimbingan Maths dan Sains. Yang peliknya murid bangsa Indiapun korbankan cuti raya untuk hadiri kelas ni. Dia orang ni betul-betul dapat cahaya. Terutama Chulochana, Kumutha dan Jega. Semoga usaha dan pengorbanan mereka berbaloi.
Kepada semua muridku bebudak Tingkatan 5 Sains, 5 Alfa dan 5 MPV sedar-sedarlah diri. Tak lama lagi nak SPM. Berjuanglah hingga titisan darah terakhir. Selamat berjuang.